Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.
so hary nie..saya nak perjuangkan roti canai warisan keluarga saya..kih2...
apa salahnye kan...walaupun sudah bertapak sebagai kedai makan secara kecil-kecilan di kampung hampir 11 tahun.. syukur alhamdullilah perniagaan kedai makan keluarga saya berkedudukan ekonomi yang baik.
selama 11 tahun kedai POKLONG yang beroperasi di KAMPUNG PULAU KERENGGA, MARANG TERENGGANU... sdh bermacam2 ragam sudah sya temui karenah pelanggan saya.
yelah dari umur 12 tahun dah berjinak2 dalam membantu family uruskan kedai makan kat kampung..
ok lah..tak nak cakap banyak sangat laa pasai tu semua..now saya nak kire promote laa jugak 'resepi panas' dari ayahanda tercinta niey....kih2...yelahh..menu roti canai menu utama kat kedai kami..so..enjoy!
bak kata ayahanda saya..ilmu yang ada kene sharing2..sebab sharing2 tulah yang jadi caring2 tu...:)
- 550 gm tepung gandum
- *250 gm air
- *1 egg-50gm
- *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
- *1 tsp garam-6gm
- *1 tsp butter/margerin-15gm
- 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara
- masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
- masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
- uli hingga jadi doh
- rehatkan doh selama 10min
- uli lagi selama 5min
- **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.
- Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ianya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
- advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. tp ayahanda saya tak men laaa mesin2 nie...kih2.. lau gune mesin last2 nnti dia uli tangan gak. coz dia ase mcm tak gebu je.
- bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2
- jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day. tapi biase ayahnda buat tak sampai 2hary pom..
- *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
- lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar
- kibar tu nnti, pandai2 laaa korang erk..kih2..
>>> k lah kalau korang ase malas sangat2 nak buat..haaa..korang just kol je lah kat ayahanda saya nie..014-8246584.
sebarang tempahan akan dilayan begitu mesra sekali..:)
tapi kalau korang nak tempah tu, kalau macam nak 100-500 biji untuk wat kenduri tahlil ke..kenduri hary jadi korang ker, korang kene laa inform awal2. mcm sehary sebelum korang nak wat jamuan tu ker... senang la cikit kan..takdelah mengelabah sangat tyme nak buat tuh....
so, sesape yang duk area2 TERENGGANU nie... boley la servey2 kedai makan ROTI CANAI POKLONG DI KAMPUNG PULAU KERENGGA YER...bersebelahan KEDAI KEROPOK 3A.
di buka setiap hari dari pukul 4.30 petang sehingga lah pukul 2pagi...
SELAMAT MENJAMU SELERA YUP!

No comments:
Post a Comment